Thursday, September 10, 2015

Just a little update

Assalamualaikum wbt

Rindunya dengan blog ni... tempat mencoret segala ups and downs throughout TTC journey. Walaupon tak menulis di sini tapi saya selalu blog walking ke blog TTCian yang lain...just to see the updates of kawan-kawan TTC. moga semua TTCian is happy no matter what the situation are. insyaAllah.

Alhamdulillah I will be entering final trimester in about two weeks. Our little cinonet is growing in the tummy and has been doing a lot of kicking lately..hehe

Alhamdulillah my 1st pregnancy journey was made easy by Allah's will. Tiada sebarang alahan, boleh buat kerja macam biasa. cuma kadang-kadang ada penat-penat sedikit di awal kehamilan kalau buat kerja non stop. Kesihatan pon boleh considered as OK la..Blood pressure so far alhamdulillah, gula pon ok alhamdulillah. the only thing yang sedikit merisaukan adalah Hb saya yang agak rendah. Since 1st check up di Klinik Kesihatan around week 11, Hb saya tak pernah mencapai tahap Hb normal. a few times drop sampai 7 tapi alhamdulillah sekarang dah naik 10 lbh walaupon still tak capai target yang sepatutnya. The reason why my Hb asyik rendah walaupon dah makan ubat iron and iberet tanpa miss..and makan segala macam sayur dan lauk pauk dengan banyaknya adalah kerana I am actually a Thalasemia carrier..huhuhu..Mr Husband just took blood test a few weeks ago to check whether he also has Thalasemia or not. Moga Allah jauhkan insyaAllah. Hopefully the fact that i've got Thalasemia will not affect the baby.insyaAllah. Stay strong baby...May Allah make everything ease for us..ameen

InsyaAllah saya dijangka bersalin dalam pertengahan bulan 12. Masa awal-awal prengnancy, Dr ada sebut that kalau in case baby masih belum keluar seminggu lepas due date mereka akan c-sec sebab baby ni considered as precious baby.. ye la, susah nak conceived kan.jadi mereka takut apa-apa jadi kepada baby. Just like other mothers if possible saya nak go for bersalin dengan cara as natural as possible. Baby keluar on time ye sayang, insyaAllah..hehe.

WhatSoEva~ Moga Allah mudahkan segalanya until the baby is safely delivered dengan sihat, insyaAllah. Please do pray for me. Memang dari awal kehamilan until now saya sentiasa risau..kalau boleh nak beli ultrasound machine letak dekat rumah so boleh tengok perkembangan baby hari-hari. hehe. Doakan kami dapat prepare diri sedikt sebanyak to face another challenge that is to raise this little cinonet to be a good Khalifah of Allah, insyaAllah.

To all TTCian out there... Stay strong Ladies.. Just remember that Allah sentiasa ada dengan kita. Keep fighting!! May Allah make everything ease for all you strong ladies, insyaAllah. My hope and doa will always be with you guys :)

Till then,

May Allah Bless~






Monday, April 27, 2015

Kun Fa Ya Kun~

Assalamualaikum wbt

Cycle latest ni banyak perkara yang did not go as plan

Starting dengan segala ubat-ubatan hormon yang banyak yang perlu di makan dan dicucuk setiap hari at the same sering terlupa untuk makan dan cucuk due to kesibukan kami yang teramat sangat. Husband ada sangat banyak presentation and submission maka kami sering stay up plus dengan kemas-mengemas untuk memindah jadi agak keletihan dan selalu terlupa about all those ubat..dah la mahai kan, boleh pulak lupa..huhuh...Pasrah..

On the day jumpa doctor untuk TVS (Tak bagitahu Dr pon terlupa makan and cucuk ubat :D), as expected the result tidaklah terlalu memberangsangkan. Theres a lot of telur tapi hanya ada satu je yang bersaiz besar dan ketebalan rahim pon kurang memusakan. Oleh sebab itu, Dr decided untuk tidak meneruskan IUI seperti yang dirancang pada awalnya...sobss..Dr cadangkan supaya try naturally di rumah dengan bersama setiap 3 hari dan monitor OPK. Again pasrah...

However, Due to kesibukan both of us especially Husband kami tak dapat nak ber BD seperti yang dirancang. Husband selalu sangat stay up late and tahu dia sangat keletihan. Apa-apa pon harus dahulukan his study. Kami sempat ber BD dalam seminggu sekali macam tu je.. Pasrah lagi...

OPK pon tak menunjukkan perkembangan yang menggembirakan. Hari-hari buat test OPK tapi tak pernah sekali pon dapat positive..huhuh..memang kecewa takut tak ovulate. Pasrah sekali lagi.


Masa appoinment terakhir dengan Dr, Dr pesan untuk cek UPT on 16 April and inform them the result. This time saya macam tak eager sangat nak buat UPT test..Kalau sebelum ni, pantang lewat sikit AF, dah gatal-gatal nak cek. Stok UPT pon dah tak banyak, malas nak restock. Walaupon cycle kali ni seems sangat hopeless, Tapi since dah berjanji dengan Dr untuk cek UPT maka buat jugak la sebab nak kena inform mereka..

Early morning 16hb April tu ambil UPT dan buat test guna first urine. As usual, walaupon tak expecting sebab macam sangat hopeless, masih lagi berharap (typical TTCian :D). It was around 4am at that time..mata blur-blur tapi nampak jugak macam ada double line tapi sangat faint. Entah kenapa automatically my mind terus cakap negative la (a bit sedih)..terus letak tepi that UPT. Dalam perjalanan to the masjid for subuh, husband bertanya sangat banyak soalan, tapi I was a bit moody. Tak ada mood nak jawab..hehe. Husband kept reminding me untuk call LPPKN untuk mintak clomid lagi buat kali terakhir (since dia assume the result was negative, kalau postive mesti dah terjerit-jerit dah bini dia ni..hehe). Ala-ala macam dah penat konon..my typical perangai lepas nampak negative result, takes a lil bit time untukk back on track.

Balik from masjid, tak tahu jugak kenapa I kept thinking about the UPT. cuba ingat-ingat sebelum-sebelum ni pernah tak dapat faint line. rasanya macam tak pernah. selalu single line je. lagi satu line memang tak ada langsng. Tapi line tu macam sangat faint, kalau positif mesti dia terangkan. Memang lots of things going around my mind at that time. Maka apa lagi tanya pakcik google la untuk jawapan. Godek-godek blog TTCian yang dapat faint line. mostly cakap even its a faint, it is still a line. Berdebar-debar terus. jantung berdegub kencang. Betul ke ni? MasyaAllah, masih ada harapan ni... tapi still lagi ragu-ragu..masih lagi plan nak ambil clomid sebab that day was khamis risau takut terperiod that day, atau beberapa hari lepas tu. We are going to KL jadi kalau period minggu depan tak dapat la nak ambil ubat. Tu yang plan nak ambil siap-siap.

Pagi-pagi terus call the nurse incharge for fertility di LPPKN Jb and inform her yang saya dapat faint line pastu cakap nak ambil clomid. Nurse tak bagi ambil clomid sebab dia cakap may be positive tu and ask me to cek UPT again minggu depan. Pasrah je la..kalau turns out to be negative tak dapat la nak ambil ubat..huhuh...tapi berharap terus berharap.

Being saya yang curious dan risau, tak sempat nak tunggu minggu depan, esoknye terus cek..hmmm..masih faint line tapi macam lebih terang. dah berbunga-bunga riang sikit sebab ada terbaca if betul positif line akan makin terang.The next day pon cek lagi...Still faint line. Risau dah jugak ni. Betul ke pregnant sebab macam tak ada apa-apa tanda pon. Ada la sikit-sikit ala-ala macam nak period, tapi sangat mild. So, we decided untuk beli Clear Blue. I have always wanted to try using Clear Blue kalau dah ada tanda-tanda positif..hehe..suka tengok dia keluar Pregnant. Memang boleh buat a TTCian like me berbunga-bunga riang and nak tengok UPT tu sampai sudah..Tapi kalau kelaur not pregnant boleh luluh hati..hehe

Kami decided untuk tunggu beberapa hari selepas last cek UPT untuk cek Clear Blue, I was still in KL at that time. Husband ad conference di sana and we are staying in a hotel. Selalu bercuti on short budget so duduk ala-ala backpackers je tapi kali merasa hotel mewah and proper la sikit ala-ala honeymoon kan. Hoping that Clear Blue yang dibeli akan give a good news boost up the honeymoon mood..hehe.. So pagi-pagi went to the toilet to do UPT test. Clear Blue ni ambil masa lebih lama untuk keluar resultnya..Memang saat yang mendebarkan. Tunggu punya tunggu...


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Its a BFP.. Speechless...

Walaupon dah 4 UPT digunakan, tapi saya tak rasa apa-apa tanda buatkan saya masih risau. Dah call LPPKN untuk inform mereka about the BFP tapi mereka minta datang untuk scan dalam 2-3 minggu lagi. Macam lama lagi, jadi back in JB kami decided untuk ke klinik berhampiran untuk dapat pengesahan Dr. So Dr scan dan alhamdulillah my little cinonet is there.Masih terlalu kecil, but he/she is there.alhamdulillah. Lega rasanya.

Betulla kan..No matter how kita fikir macam hopeless dan impossible, Kalau Allah Kata Jadi Maka Jadilah Ia.. Subhanallah..Tiada daya upaya kita tanpa izin dan kuasa Allah.Moga rezeki yang Allah beri ni akan makes me much closer to Allah

Theres no words except thank you Allah...It was and unexpected BFP. Semuanya dengan kuasa Allah

Please do pray for me and the baby. Walaupon dah disahkan tapi I never stop being worried. Moga my little cinonet membesar in my tumy dengan sehat dan sempurna, insyaAllah.

To all TTCian out there, please be strong and keep fighting. Never give up. InsyaAllah the time will come. Doa saya sentiasa bersama semua TTCian. Perjalanan as a TTCian ia a very tough yet meaningful one . I may have to go through it again, and at that time I do hope that Iwill keep being strong , insyaAllah


Till then, insyaAllah

May Allah Bless~

Friday, March 20, 2015

Happy Birthday To me

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaan Allah.

Maka semalam (19th March 2015) officially I am 29 years old. oh my!! dah nak masuk 3 series.

around a week ++  before my birthday was my D28 which I was hoping that AF will come on that day. Tunggu punya tunggu AF tak muncul-muncul. Dah start risau plus hoping for a good news. Risau tentulah takut AF datang terlalu lewat dan of course as usual bila dah lewat start la mengharapkan keajaiban berlaku..heee. Dalam diam hoping that I get the best birthday gift ever...a BFP....

However...harapan tinggal harapan... belum rezeki kami lagi untuk kali ni. AF akhirnya muncul tiba on my D31. Alhamdulillah sekurang-kurangnya tidaklah terlalu lewat.

Akhirnya angan-angan untuk melihat double line di hari lahir bertukar menjadi dicucuk Gonal ke perut oleh Mr Husband.

Yes we are preparing for our 2nd IUI, insyaAllah. Kali ni lebih banyak ubat yang Dr bagi compared to 1st IUI. masa IUI yang lepas Dr bagi Clomid untuk makan selama 10 hari dan sebab telur tak cukup besar dari bagi progyniva pulak untuk beberapa hari. IUI kali ni Dr bekalkan clomid, Gonal dan progynova..Fuhhh jenuh jugak nak menelan dan menyucuk. paling jenuh sebab selalu hampir-hampir lupa untuk makan ubat.

So....Happy Birthday to me. Alhamdulillah . Terima kasih Allah atas nikmat hidup dan Islam. nikmat kasih sayang dari keluarga dan kawan-kawan. Moga saya akan sentiasa menjadi orang yang bersyukur. Moga Allah murahkan rezeki kami. Permudahkan kami unutk memperolehi zuriat, insyaAllah :)


Till then,InsyaAllah

May Allah Bless~


Tuesday, February 24, 2015

Saya dan Diet Atkins

Assalamualaikum wbt

Moga-moga smeua TTCians is doing well, dalam rahmat Allah sentiasa dan banyak perkembangan positif in TTC, insyaAllah :)

As I mentioned in my previous post, saya sekarang sedang mencuba diet atkins.

Secara ringkasnya, diet atkins ni adalah diet dengan tidak mengambil carbs dan sugars. So basically mereka yang berDA ni tak boleh ambil sebarang makanan yang ada carbs dan sugars..kalau ada pon hanya untuk amount yang terlalu kecil. Jadi, no nasi or apa-apa yang berasaskan tepung, semua yang mengandungi gula macam sos or kicap pon tak boleh. Buah pon tak dibenarkan unutk fasa satu dan ada jugak certain vegetables yang tidak dibenarkan macam tomato, carrots dan potato. Masa mula-mula tahu serba sedikit tentang DA ni saya rasa diet ni tak bagus. How can someone totally emit carbs. macam tak balance je..tak boleh ambil buah pulak tu macam tak masuk akal je..hehe.. tapi actually DA ni ada beberapa fasa...makin lama kandungan carbs yang dibenarkan semakin menigkat.

Sebenarnya, Mr Husband yang start berDA sebab risau dengan kenaikan berat badannya yang meningkat lepas balik dari bercuti kampung . Al-maklumla kat kampung macam-macam makanan yang sedap-sedap dihidangkan. Masa mula-mula Mr HUsband berDA, saya tak la turut sama berDA sebab setakat ni berat macam ok, still lagi BMI normal tapi sebagai usaha unutk support MR Husband, saya turut makan juadah yang sama untuk setiap meal cuma lepas makan saya akan snacking macam makan biskut ke, kuih ke or buah-buahan ... saya bukan peminat tegar nasi so I dont really mind tak makan nasi tapi I am a big fan of snacking.. i love biscuits and cakes and kuih and kerepek...asyik nak mengunyah je

Seminggu Mr HUsband berDA he manage to lose about 3kilos..jadi makin-makin la bersemangat kan.. Dia sangat la rajin search tentang DA ni unutk dapat the right info pasal DA..tak nak la kan main ikut je and memudaratkan diri sendiri...Dalam searching infos pasal DA MR Husband jumpa that ad beberapa TTCians yang berjaya pregnant selepas berDA. dalam FB page Diet atkins Malaysia pon kerap jugak orang post news tentang berjaya hamil setelah cuba berDA. JAdi Mr HUsband pon suggest la untuk saya try DA ni..I was  at first macam tak yakin.

Sejak saya dapat tahu yang saya ada PCOS.. saya ad jugaklah cari sedikit sebanyak infos tentang PCOS ni...based on blog Dr hamid, dr Adilah n Dr natasha ada jugak mention that The best diet untuk PCOSers ni adalah dengan mengurangkan carbs dan sugar. Dr hamid ad bagi suggestion menu yang sesuai untuk PCOSers. On the menu tak de la sampai Dr suggest untuk totally emit carbs macam DA ni. Cuma Dr suggest untuk PCOSers yang ada masalah berat badan, dinasihatkan untuk cuba turunkan berat dan cuba kurangkan pengambilan nasi sehari dan banyakkan makan makananan natural dan organics macam buah-buah and sayur.

So, dari situ rasa macam logic jugakla DA mungkin dapat bantu untuk conceive. Mungkin dengan tidak mnegambil carbs dan sugars bantu menstabilkan hormon dalam badan. Sejauh mana keberkesanannya Wallahualam. Jadi sebagai usaha kecil saya, saya tekad unutk cuba berDA secara serius. At least cuba untuk sebulan dahulu.

Sejujurnya berDA adalah sangat mencabar bagi saya seorang yang sangat suka menguyah. Tapi terpaksa la berkorbankan. Risau jugak sebenarnya asyik menguyah benda-benda yang banyak sugars dan bahan perisa..PCOSers ada high chances untuk dapat diabetes lebih-lebih lagi yang ada family history diabetes like me.

Setelah seminggu berDA secara serius memang ad beberapa kesan-kesan sampingan. Contohnya macam saya kerap rasa nak blackout..mungkin sebab tak ambil sugars. tapi lepas seminggu makin ok. DA ni memang adalah totally diet at your own risk..heheh... moga-moga tak ada kesan sampingan yang lebih teruk. Since saya berDA bukanlah untuk menurunkan berat badan (saya dah turun 5kg..weheee)  tapi just unutk controlkan kandungan carbs dan gula, saya bercadang untuk cheat mungkin dalam dua minggu sekali macam tu tapi setakat ni masih belum cheat walaupon hati membara-bara untuk cheat. Harapan that DA ni dapat menstabilkan hormon saya sangat tinggi jadi risau jugak kalau carbs sedikit yang diambil tu menganggu.


WhatSoEva~ Semuanya dengan izin Allah. Kita hanya mampu berusaha. Moga usaha ini membuahkan hasil yang positif, insyaAllah :)

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~

Sunday, February 15, 2015

Mix feeling

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Currently ada mix feeling...happy dan sedikit frustrated. Bukan...bukan happy sebab BFP ye..hehe..tapi saya teramat sangat gembira sebab period saya datang on my D28... I was so suprised. memang unexpected. usually my period will come on D35-D38.. kalau dulu-dulu, lagi teruk sampai berbulan-bulan. Alhamdulillah...all praise to Allah..semuanya berlaku dengan izinnya... Hopefully, ini adalah satu petanda yang baik untuk my TTC journey especially on my Pcos, insyaAllah.

Sebagaimana saya ada nyatakan dalam post yang berbulan-bulan lepas, saya akan menjalani IUI di LPPKN. Alhamdulillah saya dah selamat menjalani IUI pada awal January dan of course resultnya adalah negative. tengah mencari semangat nak tulis post tentang my 1st experience of IUI. I was a bit sad bila IUI gagal dan asyik menangguh untuk menulis.

Frustation yang saya maksudkan sebelum ni bukan la sebab IUI pertama tu gagal. Today is my D3 dan saya sangat semangat untuk mulakan kembali treatment selepas berehat untuk satu cycle selepas IUI. Saya dan encik Husband plan untuk cuba IUI sekali lagi however bila call LPPKN this morning the nurse incharge untuk fertility cakap LPPKN JB tak buat IUI bulan ni sebab mereka sedang mengemas lab...nak ambil clomid tanpa buat IUI pon nurse seperti tak galakkan sebab dr mungkin tak kerap ada bulan ni.. both of us macam sedikit kecewa tapi kami cuba jadi positif. May be bukan rezeki kita nak buat IUI and mungkin Allah takdirkan unutk tak buat IUI sebab He has better plan for us, insyaAllah, Moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah.

Sebenarnya kami sedikit rushing untuk buat treatment sebab dah tak lama kami akan berada di bumi JB ni. In May sepatutnya encik husband tamat pengajiannya di UTM dan kami perlu pulang ke Kelantan since encik husband bekerja di sana. Saya macam sedikit risau tentang kat mana nak buat treatment kalau dah tinggal di kelantan nanti. Search through blog kawan-kawan ttc dan google jarang jumpa TTCian yang buat treatment di Kelantan.

WhatSoEva~ Untuk cycle kali ini saya cuma akan keep doing apa yang saya buat seperti cycle-cycle yang lepas which is ambil acid folic dan EKF, air zamzam dan yang terbaru, saya sedang berdiet atkins. Since pertengahan cycle lepas saya dah mula beratkins which saya rasa sedikit sebanyak menyebabkan period saya datang lebih awal, wallahua'lam. Jadi, cycle kali ni hopefully saya dapat terus istiqamah beratkins. memang teramat sangat tough. ini antara perkara yang paling sukar perlu saya lakukan since berTTC. Moga usaha ni memberi kebaikan untuk kesihatan saya especially untuk TTC, insayAllah.

May Allah bless u all, TTCians :)

Till Then,insyaAllah

May Allah Bless~


Tuesday, February 10, 2015

Luck Vs Fate

Assalamualaikum wbt




Allah is the best planner. Kita manusia merancang dengan penuh cita-cita namun Allah merancang dengan penuh cintaNya. May Allah keep guiding me in whatever things I do. Moga setiap ujian yang diberikan menjadi penghapus dosa-dosa kami dan brings us closer to HIM, insyaAllah.

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~


Sunday, February 1, 2015

2015

Assalamualaikum wbt..

Dah lama tak menyinggah di sini..hanya sekadar berblog walking di blog ttcian lain..banyak sebenarnya yang nak ditulis..treatment2 yang terbaru pon tak tertulis lagi disini..sempat tulis dalam hati and kepala je..haha

WhatSoEva~ Sebenarnya dah lama nak menulis sedikit sebanyak sempena tahun baru tapi tangguh punya tangguh dah masuk February pon..heee.. Tak apa la kan still dalam awal tahun..Just nak jot down a few things untuk lebih semangat dan fokus tahun ni, insyaAllah

Alhamdulillah dah masuk 2015.

So, tahun ni my aim in TTC adalah untuk sentiasa positive, fokus dan istiqamah dalam setiap usaha untuk conceive. Next year i'm turning 30 maka I really do hope that dengan izin Allah tahun ni kami berjaya conceive..ameen

Jadi tahun ini saya berazam untuk:

1. Sentiasa stay positive..jangan terlalu sedih, kecewa mengenangkan nasib diri..positif dengan orang sekeliling..positif bila ad yang bertanya, soal tentang kenapa belum pregnant dan positif bila ada yang berkongsi tentang hteir pregnancy stories atau tentang their babies..
2. Suci kan hati dari sifat-sifat mazmumah..dengki, ujub, riak etc
3. banyakkan bersyukur.. nikmat Allah terlalu banyak untuk rasa tak bersyukur hanya kerana ujian kecil dari Allah
4. Put trust in Allah. Allah knows best..Ap yang dirancangkanNya insyaAllah is the best untuk hamba-hambaNya.
5. Banyak-banyakkan taubat dan mohom keampunan dari Allah dengan ikhlas. Kita ni memang pengdosa kan. memang tak mustahil kan yang Allah mungkin tangguh sekejap rezeki kita sebab ada dosa kita dengan Allah, (Nauzubillah) sama ada dosa yang kita sedari atau tidak. Saya memang banyak kekurangan dan tak terlepas dari buat dosa (Astaghfirullahalazim). Moga Allah terima taubat-taubat saya
6. Perbaiki amal ibadah supaya lebih kusyuk dan sempurna, solat di awal waktu, perbanyakkan berzikir dan mengingati Allah
7. Jaga pemakanan...say no to fast foods, semua yang ada aji-aji dan makanan yang tak sihat
8. konsisten dalam amalkan pemakanan tambahan (makanan sunnah and supplement)
9. Lebih rajin bersenam
10. Cergas, ceria dalam buat tugas-tugasan harian
11. Banyak-banyakkan bersedekah dan mendoakan orang lain

OK cukup la tu kan sepuluh...nak senaraikan macam ni memang tak berapa susah..tapi nak realisasikan dan betul-betul cuba untuk laksanakan adalah the real cabaran. Moga Allah bantu dan permudahkan

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~