Friday, October 31, 2014

Dream Big

Assalamualaikum wbt

Saya adalah seorang graduan sarjana..Just like everybody else..saya punyai impian dan cita-cita tentang kerjaya saya. Sejak pulang dari ke Malaysia saya memang bercita-cita unutk teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama mencari peluang untuk mulakan kerjaya yang saya impikan.

However, selain dari beberapa sebab-sebab lain..being a ttcian juga telah membuatkan saya sedikit berfikir mengenai kerjaya saya.. Sejujurnya ttc bukanlah sebab utama saya bercadang untuk tidak meneruskan hasrat saya dalam mengejar cita-cita tersebut..namun ttc plays a very big role dalam keputusan ini.

Sejak berttc, saya berazam untuk mengurangkan stress dan cuba organize kehidupan saya dengan sebaiknya..which means..makan seimbang secukupnya, rehat yang secukupnya, excercise yang secukupnya also aktiviti kerohanian yang secukupnya.

Going for a treatment juga memerlukan masa yang banyak dan masa yang tidak menentu which akan jadi sedikit sukar untuk mereka yang bekerja tetap dan ada komitmen yang banyak.. Bukan la saya maksud kan yang mereka bekerja dan ada komitmen tidak dapat fokus pada treatment...in fact most of the ttcian bekerja dan mereka dapat organize diri mereka dengan lebih baik..Tapi saya lebih kenal diri saya..I dont think I can manage untuk fokus pada treatment ini sementara saya ada banyak komitmen. My prioriti for now adalah family dan ttc..

However saya juga bukan lah seorang yang suka duduk-duduk saja. Dalam beberapa bulan tinggal di rumah pon saya dah rasa diri sangat useless tak buat apa-apa dan rasa diri tidak berkembang. I sometimes feel sad because of this. Siting at home alone doing nothing pon boleh menyebabkan stress. Since graduated I never worked jadi saya always wanted to have the experince gaining my own money and have my own income. And of course..to make sure that perjalanan ttc saya berjalan smoothly, I think kami perlu cari extra income dan tak boleh depends sepenuhnya on my husband (walaupon en Husband selalu cakap jangan risau pasal duit everytime I mention that kos ttc ni mahal) . So, I start to plan with my husband something that I can do yang tidak menganggu fokus saya pada ttc.. mohon doa semoga everything went well dan I can do something yang beri manfaat, insyaAllah.

Saya sebenarnya mengalami masalah sukar untuk menerangkan kepada mereka yang bertanya apa yang saya buat sekarang dan kenapa saya tak teruskan dengan cita-cita saya atau mencari apa-apa pekerjaan..Its either susah nak explain atau susah untuk orang lain faham dan terima. Kalau ada ibu-ibu yang berhenti kerja sebab nak jaga anak mungkin lebih senang untuk difahami. tapi to explain that you are staying at home untuk fokus berttc saya rasa sedikit sukar. Bagi most of the people, ruginya belajar tinggi-tinggi tak bekerja.. also..most people think that sementara tak ada anak ni la kita nak kerja cari duit, cari pengalaman. Well...untuk orang yang easily conceive mungkin la kan.. But for me it is not that simple..dan untuk terangkan that you are not working because you are on ttc is not as simple as saying sebab nak jaga anak-anak (tak ada niat untuk rendahkan ibu-ibu yang tidak bekerja untuk jaga anak..I always adore moms yang jaga anak-anak di rumah..I know it is also a tough decision to make. tapi I find it easier to explain). It is sad enough that you have to gave up your dream tambah lagi sedih to explain to people about this.

WhatSoEva~ Gotta do what you gotta do.... perlu buat apa yang dirasakan perlu..only to Allah I seek for guidance..semoga setiap keputusan dan tindakan yang di ambil membawa kepada kebaikan, insyaAllah. insyaAllah Put trust in Allah..Kalau kita rasa itu yang terbaik moga Allah berkati dan permudahkan :)




Till the, insyaAllah

May Allah Bless~

Thursday, October 30, 2014

HSG

Assalamualaikum wbt

Sebagaimana yang dijadualkan, saya telah jalani prosedur HSG isnin 13 Oktober 2014 di Columbia Asia Medical Centre, Nusajaya. HSG atau nama panjangnya Hysterosalpingogram adalah prosedur radiologi untuk mengetahui keadaan tiub fallapio kita samada ia berfungsi dengan baik atau mungkin tersumbat. Basically, prosedur ini dijalankan dengan memasukkan radiographic contrast medium (dye) ke dalam rongga rahim melalui vagina kita untuk mengenal pasti keadaan tiub fallapio melalui aliran dye. Jika dye tersebut memasuki tiub fallapio dan spill out dari tiub it means that our tiub tidak tersumbat.

Before I went to undergo the prosedur, I did some reading on HSG and went through TTCians blog to understand how the prosedur was done. Ada ttcian yang cakap sakit yang sangat and ada yang cakap sakit ala-ala sengugut dan ada rasa kesakitan once the prosedur dah selesai ada jugak yang cakap tak sakit pon...ala2 gigit semut je. I guess setiap orang pengalamannya berbeza cara mereka terima kesakitan juga berbeza

WhatSoEva~ Bila dengar sakit saya memang sedikit takut.. Ada ttcian yang dah biasa kena sengugut yang teruk setiap bulan dan rasa this prosedur is nothing sebab memang every month mereka kena go through the pain. Saya sememangnya bukan seorang yang tough dan kuat dan boleh tahan dengan kesakitan. Walaupon saya mengalami period pain yang agak teruk setiap bulan tapi saya tak pernah rasa terbiasa..huhuh.. Jadi I was a bit scared la untuk lalui prosedur ni... Bila nurse di LPPKN tanya nak panadol tak tapi ragu-ragu I said yes walaupon saya memang benci telan menelan panadol.

The appoinment was at 2.30pm..alhamdulillah doctor, nurse dan semua yang in charge was so nice.sebelum mulakan prosedur HSG saya diterangkan bagaimana prosedur ini dilakukan. Alhamdulillah again, the doctor yang in charge untuk lakukan prosedur ni perempuan..syukur sangat.. Walupon perempuan, still rasa teramat sangat malu. Doctor siap cakap jangan risau saya dah halau semua orang dari kawasan ini suami awak je yang ada kat luar tu...heee...


So..how was the prosedur.. sakit tak.. bagi saya memang sedikit sakit...memang lebih kurang macam sengugut tapi sakit sikit dari sengugut yang biasa.. I kept on selawat dan genggam tangan kuat-kuat so that saya tak buat aksi-aksi pelik macam angkat punggung atau mengiring atau gerak-gerak yang banyak...the prosedur took about 10-15 minutes je...lepas selesai doctor tunjuk aliran cecair yang melalui tiub fallapio...alhamdulillah the doctor said my tiub was perfectly fine dan bagi semangat supaya terus berusaha..

Kesan-kesan sampingan selepas HSG yang saya alami adalah..sakit perut ala-ala cramp dan sengugut selama 3 hari..lepas balik tu memang sakit jugak tapi lama-lama makin berkurang. Selain itu ada jugak berlaku pendarahan yang amat sedikit selama 3 hari.. Doctor memang dah maklumkan yang akan ad pendarahan right after the prosedur sebab itu mereka berikan pad/pantiliner lepas selesai HSG

Kos untuk HSG ni adalah RM180. nurse d LPPKN ada bagitahu kalau buat HSG sendiri di Columbia Hospital kos sebenarnya adalah RM250 tetapi sebab LPPKN and Columbia Hospital bekerjasama and ada peretujuan mereka, jadi murah sikit la kalau pergi under LPPKN.

Fuihhh...done satu prosedur..I believe banyak lagi nak kena lalui..ni baru proses nak investigate belum lagi masuk treatment..moga Allah mudahkan, insyaAllah

next appoinment is on monday..semoga semua berjalan dengan lancar dan dilindungi dari segala perkara yang tidak baik dan membawa lebih dekat kepada rezeki yang dinantikan ini, insyaAllah.ameen.

Till the, insyaAllah

May Allah Bless~

Wednesday, October 8, 2014

1st Appointment LPPKN Nusajaya

BIsmillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Pertamanya Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Sama-sama kita hayati erti sebenar pengorbanan. Pernah terdengar tazkirah dari ustazah Norhafizah Musa tentang pengorbanan. Ustazah ada menyatakan orang yang banyak berkorban adalah orang yang lebih bahagia. I believe that kita semua ttcian ni tergolong dalam golongan yang banyak berkorban. Moga pengorbanan kita ni ikhlas dan mendapat pahala yang besar di sisi Allah. Moga Allah kurniakan kebahagian yang sebenarnya buat kita, insyaAllah :)

Alhamdulillah syukur sangat akhirnya dah mulakan langkah pertama rawatan fertility. Bila AF datang sehari sebelum raya haji (sabtu) , dah mula risau sangat sempat ke buat appoinment untuk cycle kali ni. Raya haji jatuh pada hari ahad which is a working days jadi paling awal blh call LPPKN hari isnin which is CD3. On CD3 saya call LPPKN dan as expected, person in charge tak ada dan mereka minta saya call semula keesokan hari. Sedikit frust di situ tapi masih menaruh harapan sebab esoknya baru CD4. Pada CD4 saya call LPPKN dan diberi appointment untuk hari ini (CD5). Alhamdulillah berjaya buat appointment.

Untuk mana-mana ttcian yang mungkin baru nak mulakan rawatan dan mungkin nak try LPPKN nusajaya boleh contact unit fertility LPPKN Nusajaya 07-5588204

So hari ini saya dan suami ke LPPKN nusajaya untuk temujanji pertama. Nervous jugak nak mulakan rawatan, risau sangat takut ada masalah yang teruk. I kept on praying moga semuanya baik-baik sahaja. Sampai je di LPPKN, tunggu giliran dan nurse panggil masuk ke biliknya. Untuk perjumpaan pertama adalah dengan nurse sahaja dahulu, tak jumpa Dr lagi. Nurse yang in charge buat soal selidik dulu dan tanya beberapa maklumat tentang latar belakang saya dan suami dan kekerapan ber BD dalam seminggu. So, cerita semuanya dengan tulus..heee

Selepas tu Nurse ambil darah saya dan suami untuk di hantar ke makmal luar untuk cek HIV, Hepatitis dan beberapa perkara lagi yang saya tak ingat :D Kemudian nurse set kan date untuk HSG. HSG ni akan di buat di Columbia Asia Hospital sebab di LPPKN tak ada buat procedure ini. Ikut bacaan dr blog ttcian, mostly ckp sakit HSG ni. Nurse pon cakap sakit sikit dan dah bekalkan panadol untuk makan sebelum HSG. Kena siap sedia mental fizikal nak hadapi keadaan ni. Moga Allah bantu dan mudahkan semuanya, ameen.

Jadi saya ada appointment minggu depan untuk HSG dan en husband pula ada appointment untuk sperm Analysis bulan depan. Nurse juga ad bagi Folic Acid (I feel so bad sebab sebelum-sebelum ni tak pernah makan folic acid...maklumla cetek ilmu lagi..huuuu)

kos untuk cek darah saya dan suami = RM193
Pendaftaran LPPKN = RM40
consultation = RM10
Folic Acid 60 biji = RM3


jadi total kos untuk hari pertama ni adalah RM246

Moga Allah mudahkan langkah-langkah seterusnya, insyaAllah

till then

May Allah Bless~