Thursday, September 10, 2015

Just a little update

Assalamualaikum wbt

Rindunya dengan blog ni... tempat mencoret segala ups and downs throughout TTC journey. Walaupon tak menulis di sini tapi saya selalu blog walking ke blog TTCian yang lain...just to see the updates of kawan-kawan TTC. moga semua TTCian is happy no matter what the situation are. insyaAllah.

Alhamdulillah I will be entering final trimester in about two weeks. Our little cinonet is growing in the tummy and has been doing a lot of kicking lately..hehe

Alhamdulillah my 1st pregnancy journey was made easy by Allah's will. Tiada sebarang alahan, boleh buat kerja macam biasa. cuma kadang-kadang ada penat-penat sedikit di awal kehamilan kalau buat kerja non stop. Kesihatan pon boleh considered as OK la..Blood pressure so far alhamdulillah, gula pon ok alhamdulillah. the only thing yang sedikit merisaukan adalah Hb saya yang agak rendah. Since 1st check up di Klinik Kesihatan around week 11, Hb saya tak pernah mencapai tahap Hb normal. a few times drop sampai 7 tapi alhamdulillah sekarang dah naik 10 lbh walaupon still tak capai target yang sepatutnya. The reason why my Hb asyik rendah walaupon dah makan ubat iron and iberet tanpa miss..and makan segala macam sayur dan lauk pauk dengan banyaknya adalah kerana I am actually a Thalasemia carrier..huhuhu..Mr Husband just took blood test a few weeks ago to check whether he also has Thalasemia or not. Moga Allah jauhkan insyaAllah. Hopefully the fact that i've got Thalasemia will not affect the baby.insyaAllah. Stay strong baby...May Allah make everything ease for us..ameen

InsyaAllah saya dijangka bersalin dalam pertengahan bulan 12. Masa awal-awal prengnancy, Dr ada sebut that kalau in case baby masih belum keluar seminggu lepas due date mereka akan c-sec sebab baby ni considered as precious baby.. ye la, susah nak conceived kan.jadi mereka takut apa-apa jadi kepada baby. Just like other mothers if possible saya nak go for bersalin dengan cara as natural as possible. Baby keluar on time ye sayang, insyaAllah..hehe.

WhatSoEva~ Moga Allah mudahkan segalanya until the baby is safely delivered dengan sihat, insyaAllah. Please do pray for me. Memang dari awal kehamilan until now saya sentiasa risau..kalau boleh nak beli ultrasound machine letak dekat rumah so boleh tengok perkembangan baby hari-hari. hehe. Doakan kami dapat prepare diri sedikt sebanyak to face another challenge that is to raise this little cinonet to be a good Khalifah of Allah, insyaAllah.

To all TTCian out there... Stay strong Ladies.. Just remember that Allah sentiasa ada dengan kita. Keep fighting!! May Allah make everything ease for all you strong ladies, insyaAllah. My hope and doa will always be with you guys :)

Till then,

May Allah Bless~






Monday, April 27, 2015

Kun Fa Ya Kun~

Assalamualaikum wbt

Cycle latest ni banyak perkara yang did not go as plan

Starting dengan segala ubat-ubatan hormon yang banyak yang perlu di makan dan dicucuk setiap hari at the same sering terlupa untuk makan dan cucuk due to kesibukan kami yang teramat sangat. Husband ada sangat banyak presentation and submission maka kami sering stay up plus dengan kemas-mengemas untuk memindah jadi agak keletihan dan selalu terlupa about all those ubat..dah la mahai kan, boleh pulak lupa..huhuh...Pasrah..

On the day jumpa doctor untuk TVS (Tak bagitahu Dr pon terlupa makan and cucuk ubat :D), as expected the result tidaklah terlalu memberangsangkan. Theres a lot of telur tapi hanya ada satu je yang bersaiz besar dan ketebalan rahim pon kurang memusakan. Oleh sebab itu, Dr decided untuk tidak meneruskan IUI seperti yang dirancang pada awalnya...sobss..Dr cadangkan supaya try naturally di rumah dengan bersama setiap 3 hari dan monitor OPK. Again pasrah...

However, Due to kesibukan both of us especially Husband kami tak dapat nak ber BD seperti yang dirancang. Husband selalu sangat stay up late and tahu dia sangat keletihan. Apa-apa pon harus dahulukan his study. Kami sempat ber BD dalam seminggu sekali macam tu je.. Pasrah lagi...

OPK pon tak menunjukkan perkembangan yang menggembirakan. Hari-hari buat test OPK tapi tak pernah sekali pon dapat positive..huhuh..memang kecewa takut tak ovulate. Pasrah sekali lagi.


Masa appoinment terakhir dengan Dr, Dr pesan untuk cek UPT on 16 April and inform them the result. This time saya macam tak eager sangat nak buat UPT test..Kalau sebelum ni, pantang lewat sikit AF, dah gatal-gatal nak cek. Stok UPT pon dah tak banyak, malas nak restock. Walaupon cycle kali ni seems sangat hopeless, Tapi since dah berjanji dengan Dr untuk cek UPT maka buat jugak la sebab nak kena inform mereka..

Early morning 16hb April tu ambil UPT dan buat test guna first urine. As usual, walaupon tak expecting sebab macam sangat hopeless, masih lagi berharap (typical TTCian :D). It was around 4am at that time..mata blur-blur tapi nampak jugak macam ada double line tapi sangat faint. Entah kenapa automatically my mind terus cakap negative la (a bit sedih)..terus letak tepi that UPT. Dalam perjalanan to the masjid for subuh, husband bertanya sangat banyak soalan, tapi I was a bit moody. Tak ada mood nak jawab..hehe. Husband kept reminding me untuk call LPPKN untuk mintak clomid lagi buat kali terakhir (since dia assume the result was negative, kalau postive mesti dah terjerit-jerit dah bini dia ni..hehe). Ala-ala macam dah penat konon..my typical perangai lepas nampak negative result, takes a lil bit time untukk back on track.

Balik from masjid, tak tahu jugak kenapa I kept thinking about the UPT. cuba ingat-ingat sebelum-sebelum ni pernah tak dapat faint line. rasanya macam tak pernah. selalu single line je. lagi satu line memang tak ada langsng. Tapi line tu macam sangat faint, kalau positif mesti dia terangkan. Memang lots of things going around my mind at that time. Maka apa lagi tanya pakcik google la untuk jawapan. Godek-godek blog TTCian yang dapat faint line. mostly cakap even its a faint, it is still a line. Berdebar-debar terus. jantung berdegub kencang. Betul ke ni? MasyaAllah, masih ada harapan ni... tapi still lagi ragu-ragu..masih lagi plan nak ambil clomid sebab that day was khamis risau takut terperiod that day, atau beberapa hari lepas tu. We are going to KL jadi kalau period minggu depan tak dapat la nak ambil ubat. Tu yang plan nak ambil siap-siap.

Pagi-pagi terus call the nurse incharge for fertility di LPPKN Jb and inform her yang saya dapat faint line pastu cakap nak ambil clomid. Nurse tak bagi ambil clomid sebab dia cakap may be positive tu and ask me to cek UPT again minggu depan. Pasrah je la..kalau turns out to be negative tak dapat la nak ambil ubat..huhuh...tapi berharap terus berharap.

Being saya yang curious dan risau, tak sempat nak tunggu minggu depan, esoknye terus cek..hmmm..masih faint line tapi macam lebih terang. dah berbunga-bunga riang sikit sebab ada terbaca if betul positif line akan makin terang.The next day pon cek lagi...Still faint line. Risau dah jugak ni. Betul ke pregnant sebab macam tak ada apa-apa tanda pon. Ada la sikit-sikit ala-ala macam nak period, tapi sangat mild. So, we decided untuk beli Clear Blue. I have always wanted to try using Clear Blue kalau dah ada tanda-tanda positif..hehe..suka tengok dia keluar Pregnant. Memang boleh buat a TTCian like me berbunga-bunga riang and nak tengok UPT tu sampai sudah..Tapi kalau kelaur not pregnant boleh luluh hati..hehe

Kami decided untuk tunggu beberapa hari selepas last cek UPT untuk cek Clear Blue, I was still in KL at that time. Husband ad conference di sana and we are staying in a hotel. Selalu bercuti on short budget so duduk ala-ala backpackers je tapi kali merasa hotel mewah and proper la sikit ala-ala honeymoon kan. Hoping that Clear Blue yang dibeli akan give a good news boost up the honeymoon mood..hehe.. So pagi-pagi went to the toilet to do UPT test. Clear Blue ni ambil masa lebih lama untuk keluar resultnya..Memang saat yang mendebarkan. Tunggu punya tunggu...


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Its a BFP.. Speechless...

Walaupon dah 4 UPT digunakan, tapi saya tak rasa apa-apa tanda buatkan saya masih risau. Dah call LPPKN untuk inform mereka about the BFP tapi mereka minta datang untuk scan dalam 2-3 minggu lagi. Macam lama lagi, jadi back in JB kami decided untuk ke klinik berhampiran untuk dapat pengesahan Dr. So Dr scan dan alhamdulillah my little cinonet is there.Masih terlalu kecil, but he/she is there.alhamdulillah. Lega rasanya.

Betulla kan..No matter how kita fikir macam hopeless dan impossible, Kalau Allah Kata Jadi Maka Jadilah Ia.. Subhanallah..Tiada daya upaya kita tanpa izin dan kuasa Allah.Moga rezeki yang Allah beri ni akan makes me much closer to Allah

Theres no words except thank you Allah...It was and unexpected BFP. Semuanya dengan kuasa Allah

Please do pray for me and the baby. Walaupon dah disahkan tapi I never stop being worried. Moga my little cinonet membesar in my tumy dengan sehat dan sempurna, insyaAllah.

To all TTCian out there, please be strong and keep fighting. Never give up. InsyaAllah the time will come. Doa saya sentiasa bersama semua TTCian. Perjalanan as a TTCian ia a very tough yet meaningful one . I may have to go through it again, and at that time I do hope that Iwill keep being strong , insyaAllah


Till then, insyaAllah

May Allah Bless~

Friday, March 20, 2015

Happy Birthday To me

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah syukur atas segala nikmat kurniaan Allah.

Maka semalam (19th March 2015) officially I am 29 years old. oh my!! dah nak masuk 3 series.

around a week ++  before my birthday was my D28 which I was hoping that AF will come on that day. Tunggu punya tunggu AF tak muncul-muncul. Dah start risau plus hoping for a good news. Risau tentulah takut AF datang terlalu lewat dan of course as usual bila dah lewat start la mengharapkan keajaiban berlaku..heee. Dalam diam hoping that I get the best birthday gift ever...a BFP....

However...harapan tinggal harapan... belum rezeki kami lagi untuk kali ni. AF akhirnya muncul tiba on my D31. Alhamdulillah sekurang-kurangnya tidaklah terlalu lewat.

Akhirnya angan-angan untuk melihat double line di hari lahir bertukar menjadi dicucuk Gonal ke perut oleh Mr Husband.

Yes we are preparing for our 2nd IUI, insyaAllah. Kali ni lebih banyak ubat yang Dr bagi compared to 1st IUI. masa IUI yang lepas Dr bagi Clomid untuk makan selama 10 hari dan sebab telur tak cukup besar dari bagi progyniva pulak untuk beberapa hari. IUI kali ni Dr bekalkan clomid, Gonal dan progynova..Fuhhh jenuh jugak nak menelan dan menyucuk. paling jenuh sebab selalu hampir-hampir lupa untuk makan ubat.

So....Happy Birthday to me. Alhamdulillah . Terima kasih Allah atas nikmat hidup dan Islam. nikmat kasih sayang dari keluarga dan kawan-kawan. Moga saya akan sentiasa menjadi orang yang bersyukur. Moga Allah murahkan rezeki kami. Permudahkan kami unutk memperolehi zuriat, insyaAllah :)


Till then,InsyaAllah

May Allah Bless~


Tuesday, February 24, 2015

Saya dan Diet Atkins

Assalamualaikum wbt

Moga-moga smeua TTCians is doing well, dalam rahmat Allah sentiasa dan banyak perkembangan positif in TTC, insyaAllah :)

As I mentioned in my previous post, saya sekarang sedang mencuba diet atkins.

Secara ringkasnya, diet atkins ni adalah diet dengan tidak mengambil carbs dan sugars. So basically mereka yang berDA ni tak boleh ambil sebarang makanan yang ada carbs dan sugars..kalau ada pon hanya untuk amount yang terlalu kecil. Jadi, no nasi or apa-apa yang berasaskan tepung, semua yang mengandungi gula macam sos or kicap pon tak boleh. Buah pon tak dibenarkan unutk fasa satu dan ada jugak certain vegetables yang tidak dibenarkan macam tomato, carrots dan potato. Masa mula-mula tahu serba sedikit tentang DA ni saya rasa diet ni tak bagus. How can someone totally emit carbs. macam tak balance je..tak boleh ambil buah pulak tu macam tak masuk akal je..hehe.. tapi actually DA ni ada beberapa fasa...makin lama kandungan carbs yang dibenarkan semakin menigkat.

Sebenarnya, Mr Husband yang start berDA sebab risau dengan kenaikan berat badannya yang meningkat lepas balik dari bercuti kampung . Al-maklumla kat kampung macam-macam makanan yang sedap-sedap dihidangkan. Masa mula-mula Mr HUsband berDA, saya tak la turut sama berDA sebab setakat ni berat macam ok, still lagi BMI normal tapi sebagai usaha unutk support MR Husband, saya turut makan juadah yang sama untuk setiap meal cuma lepas makan saya akan snacking macam makan biskut ke, kuih ke or buah-buahan ... saya bukan peminat tegar nasi so I dont really mind tak makan nasi tapi I am a big fan of snacking.. i love biscuits and cakes and kuih and kerepek...asyik nak mengunyah je

Seminggu Mr HUsband berDA he manage to lose about 3kilos..jadi makin-makin la bersemangat kan.. Dia sangat la rajin search tentang DA ni unutk dapat the right info pasal DA..tak nak la kan main ikut je and memudaratkan diri sendiri...Dalam searching infos pasal DA MR Husband jumpa that ad beberapa TTCians yang berjaya pregnant selepas berDA. dalam FB page Diet atkins Malaysia pon kerap jugak orang post news tentang berjaya hamil setelah cuba berDA. JAdi Mr HUsband pon suggest la untuk saya try DA ni..I was  at first macam tak yakin.

Sejak saya dapat tahu yang saya ada PCOS.. saya ad jugaklah cari sedikit sebanyak infos tentang PCOS ni...based on blog Dr hamid, dr Adilah n Dr natasha ada jugak mention that The best diet untuk PCOSers ni adalah dengan mengurangkan carbs dan sugar. Dr hamid ad bagi suggestion menu yang sesuai untuk PCOSers. On the menu tak de la sampai Dr suggest untuk totally emit carbs macam DA ni. Cuma Dr suggest untuk PCOSers yang ada masalah berat badan, dinasihatkan untuk cuba turunkan berat dan cuba kurangkan pengambilan nasi sehari dan banyakkan makan makananan natural dan organics macam buah-buah and sayur.

So, dari situ rasa macam logic jugakla DA mungkin dapat bantu untuk conceive. Mungkin dengan tidak mnegambil carbs dan sugars bantu menstabilkan hormon dalam badan. Sejauh mana keberkesanannya Wallahualam. Jadi sebagai usaha kecil saya, saya tekad unutk cuba berDA secara serius. At least cuba untuk sebulan dahulu.

Sejujurnya berDA adalah sangat mencabar bagi saya seorang yang sangat suka menguyah. Tapi terpaksa la berkorbankan. Risau jugak sebenarnya asyik menguyah benda-benda yang banyak sugars dan bahan perisa..PCOSers ada high chances untuk dapat diabetes lebih-lebih lagi yang ada family history diabetes like me.

Setelah seminggu berDA secara serius memang ad beberapa kesan-kesan sampingan. Contohnya macam saya kerap rasa nak blackout..mungkin sebab tak ambil sugars. tapi lepas seminggu makin ok. DA ni memang adalah totally diet at your own risk..heheh... moga-moga tak ada kesan sampingan yang lebih teruk. Since saya berDA bukanlah untuk menurunkan berat badan (saya dah turun 5kg..weheee)  tapi just unutk controlkan kandungan carbs dan gula, saya bercadang untuk cheat mungkin dalam dua minggu sekali macam tu tapi setakat ni masih belum cheat walaupon hati membara-bara untuk cheat. Harapan that DA ni dapat menstabilkan hormon saya sangat tinggi jadi risau jugak kalau carbs sedikit yang diambil tu menganggu.


WhatSoEva~ Semuanya dengan izin Allah. Kita hanya mampu berusaha. Moga usaha ini membuahkan hasil yang positif, insyaAllah :)

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~

Sunday, February 15, 2015

Mix feeling

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Currently ada mix feeling...happy dan sedikit frustrated. Bukan...bukan happy sebab BFP ye..hehe..tapi saya teramat sangat gembira sebab period saya datang on my D28... I was so suprised. memang unexpected. usually my period will come on D35-D38.. kalau dulu-dulu, lagi teruk sampai berbulan-bulan. Alhamdulillah...all praise to Allah..semuanya berlaku dengan izinnya... Hopefully, ini adalah satu petanda yang baik untuk my TTC journey especially on my Pcos, insyaAllah.

Sebagaimana saya ada nyatakan dalam post yang berbulan-bulan lepas, saya akan menjalani IUI di LPPKN. Alhamdulillah saya dah selamat menjalani IUI pada awal January dan of course resultnya adalah negative. tengah mencari semangat nak tulis post tentang my 1st experience of IUI. I was a bit sad bila IUI gagal dan asyik menangguh untuk menulis.

Frustation yang saya maksudkan sebelum ni bukan la sebab IUI pertama tu gagal. Today is my D3 dan saya sangat semangat untuk mulakan kembali treatment selepas berehat untuk satu cycle selepas IUI. Saya dan encik Husband plan untuk cuba IUI sekali lagi however bila call LPPKN this morning the nurse incharge untuk fertility cakap LPPKN JB tak buat IUI bulan ni sebab mereka sedang mengemas lab...nak ambil clomid tanpa buat IUI pon nurse seperti tak galakkan sebab dr mungkin tak kerap ada bulan ni.. both of us macam sedikit kecewa tapi kami cuba jadi positif. May be bukan rezeki kita nak buat IUI and mungkin Allah takdirkan unutk tak buat IUI sebab He has better plan for us, insyaAllah, Moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah.

Sebenarnya kami sedikit rushing untuk buat treatment sebab dah tak lama kami akan berada di bumi JB ni. In May sepatutnya encik husband tamat pengajiannya di UTM dan kami perlu pulang ke Kelantan since encik husband bekerja di sana. Saya macam sedikit risau tentang kat mana nak buat treatment kalau dah tinggal di kelantan nanti. Search through blog kawan-kawan ttc dan google jarang jumpa TTCian yang buat treatment di Kelantan.

WhatSoEva~ Untuk cycle kali ini saya cuma akan keep doing apa yang saya buat seperti cycle-cycle yang lepas which is ambil acid folic dan EKF, air zamzam dan yang terbaru, saya sedang berdiet atkins. Since pertengahan cycle lepas saya dah mula beratkins which saya rasa sedikit sebanyak menyebabkan period saya datang lebih awal, wallahua'lam. Jadi, cycle kali ni hopefully saya dapat terus istiqamah beratkins. memang teramat sangat tough. ini antara perkara yang paling sukar perlu saya lakukan since berTTC. Moga usaha ni memberi kebaikan untuk kesihatan saya especially untuk TTC, insayAllah.

May Allah bless u all, TTCians :)

Till Then,insyaAllah

May Allah Bless~


Tuesday, February 10, 2015

Luck Vs Fate

Assalamualaikum wbt




Allah is the best planner. Kita manusia merancang dengan penuh cita-cita namun Allah merancang dengan penuh cintaNya. May Allah keep guiding me in whatever things I do. Moga setiap ujian yang diberikan menjadi penghapus dosa-dosa kami dan brings us closer to HIM, insyaAllah.

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~


Sunday, February 1, 2015

2015

Assalamualaikum wbt..

Dah lama tak menyinggah di sini..hanya sekadar berblog walking di blog ttcian lain..banyak sebenarnya yang nak ditulis..treatment2 yang terbaru pon tak tertulis lagi disini..sempat tulis dalam hati and kepala je..haha

WhatSoEva~ Sebenarnya dah lama nak menulis sedikit sebanyak sempena tahun baru tapi tangguh punya tangguh dah masuk February pon..heee.. Tak apa la kan still dalam awal tahun..Just nak jot down a few things untuk lebih semangat dan fokus tahun ni, insyaAllah

Alhamdulillah dah masuk 2015.

So, tahun ni my aim in TTC adalah untuk sentiasa positive, fokus dan istiqamah dalam setiap usaha untuk conceive. Next year i'm turning 30 maka I really do hope that dengan izin Allah tahun ni kami berjaya conceive..ameen

Jadi tahun ini saya berazam untuk:

1. Sentiasa stay positive..jangan terlalu sedih, kecewa mengenangkan nasib diri..positif dengan orang sekeliling..positif bila ad yang bertanya, soal tentang kenapa belum pregnant dan positif bila ada yang berkongsi tentang hteir pregnancy stories atau tentang their babies..
2. Suci kan hati dari sifat-sifat mazmumah..dengki, ujub, riak etc
3. banyakkan bersyukur.. nikmat Allah terlalu banyak untuk rasa tak bersyukur hanya kerana ujian kecil dari Allah
4. Put trust in Allah. Allah knows best..Ap yang dirancangkanNya insyaAllah is the best untuk hamba-hambaNya.
5. Banyak-banyakkan taubat dan mohom keampunan dari Allah dengan ikhlas. Kita ni memang pengdosa kan. memang tak mustahil kan yang Allah mungkin tangguh sekejap rezeki kita sebab ada dosa kita dengan Allah, (Nauzubillah) sama ada dosa yang kita sedari atau tidak. Saya memang banyak kekurangan dan tak terlepas dari buat dosa (Astaghfirullahalazim). Moga Allah terima taubat-taubat saya
6. Perbaiki amal ibadah supaya lebih kusyuk dan sempurna, solat di awal waktu, perbanyakkan berzikir dan mengingati Allah
7. Jaga pemakanan...say no to fast foods, semua yang ada aji-aji dan makanan yang tak sihat
8. konsisten dalam amalkan pemakanan tambahan (makanan sunnah and supplement)
9. Lebih rajin bersenam
10. Cergas, ceria dalam buat tugas-tugasan harian
11. Banyak-banyakkan bersedekah dan mendoakan orang lain

OK cukup la tu kan sepuluh...nak senaraikan macam ni memang tak berapa susah..tapi nak realisasikan dan betul-betul cuba untuk laksanakan adalah the real cabaran. Moga Allah bantu dan permudahkan

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~




Saturday, December 6, 2014

kehidupan penuh pengharapan

Assalamualaikum wbt

Currently I am in the 2ww phase. Dlm fasa ni my hope utk something miracle akan berlaku memang menggunung. I guess that's a life of a ttcian kn..sentiasa penuh dgn pengharapan

Walaupon dh ad simptom2 kecil menandakan AF bakal berkunjung tiba, dan kepala keep on saying tak Ada rezeki lg kot Kali ni, its OK kte cbe lagi..tp deeeeppp down inside mmg ad bisikan2 dn pengharapan that my assumption tu salah dan masih ad harapan utk dpt double line

I also have a very bad habit yang smkin kritikal dlm 2ww ni that is ske berangan..hee..tak senonoh. Walaupon I keep on saying to myself jgn berangan Sgt,jgn fikir bnda yang  belum menjadi. Tapi I just cant help it.Kadang-kadang terbayang muka terkejut diri sendiri bila nmpk double line n keterujaan n terharu nk break the news to en husband and the excitement of my parents n my in laws bila mereka tahu that I'm pregnant.huhu...

WhatSoEva~ itulah kehidupan seorang TTC, menanti dan berharap. Moga Allah izinkan saya dan semua ttcian until merasai semua perasaan,keterujaan,kebahagiaan mendapat double line. Moga penantian dan pengharapan ni berakhir dengan sesuatu yang menggembirakan,insyaAllah. Allah lebih tahu kan apa yang terbaik dan bilakan masa yang terbaik.keep on praying :)

Till then,insyaAllah

May Allah Bless~

Monday, November 10, 2014

2nd and 3rd Appoinment @ LPPKN

Assalamualaikum wbt

3 November 2014

As scheduled, kami telah ke LPPKN untuk temujanji kami yang kedua dengan LPPKN on monday. Appointment ini telah dibuat pada CD31. Untuk mereka yang punyai kitaran haid yang normal which is about 28 days patut appointment perlu dibuat on CD21 untuk ambil darah untuk cek hormon progestron level (Hope I got this info right) tapi since my cycle adalah lebih panjang (35-40days) my CD21 jadi lewat sedikit la.

So....Seperti yang saya sedia maklum appoinment pada hari tersebut adalah untuk ambil darah saya untuk cek progestron level dan sperm analysis untuk en Husband. However, I wasn't told pada appointment yang lepas that I will also undergo pap smear procedure. Jadi terkejut sedikit la dan kurang bersedia..tapi ikut je la apa yang nurse suruh.

The pap smear procedure was done di LPPKN sendiri cuma sample yang diambil di hantar ke makmal luar untuk di analyse. Prosedurnya lebih kurang macam HSG cuma kali ni sample di ambil sekitar pangkal rahim, tidaklah masuk sampai ke dalam. Prosesnya tidaklah sakit, alhamdulillah. Tapi, I was told by the nurse yang pangkal rahim saya terluka mungkin kesan daripada HSG. Harapnya ia tidak memudaratkan dan berbahaya..huhu..

For the Sperm Analysis pula, En Husband di arahkan untuk masuk ke dalam satu bilik untuk cuba keluarkan sperm. Isteri dibenarkan masuk kalau ada yang nak membantu :D

Alhamdulillah, semua prosedur untuk kami berdua selamat dijalankan. However saya dan suami kurang berpuas hati dengan sensitiviti staff di sana dalam proses menguruskan prosedur2 yang perlu dijalankan. Contohnya seperti bila turn suami untuk masuk ke bilik untuk keluarkan sperm, nurse tanpa cover-cover panggil suami dan beri tabung unutk isi sperm dan bagitahu ap perlu di buat sedangkan di kawasan berhampiran ada pesakit-pesakit lain, jadi en husband sedikit malu la. Begitu juga dengan ketika saya menjalani pap smear, tengah-tengah nurse ambil sample (which means saya dalam posisi yang malu untuk dilihat oleh orang lain) ada patient yang lain tiba-tiba termasuk..yes mungkin tak sengaja tapi that shouldn't happen. Yes mungkin betul saya tak boleh harapkan layanan seperti private hospital tapi still ini isu yang agak sensitif jadi saya rasa mereka patut lebih aware tentang perkara ni walaupun bagi mereka benda-benda  ni biasa since setiap hari they are dealing with this kind of case.

Itu sahaja yang kami jalani di LPPKN for that day dan kami diberi appointment on 10th november untuk berjumpa doktor where the doctor will explain result yang diperolehi daripada ujian-ujian yang dibuat dan discuss on the treatment.

kos untuk ambil darah untuk cek hormon dan pap smear = RM39
kos unutk sperm analysis= rm25
total cost = RM64


10 November 2014

today, we went to see the doctor at the LPPKN. A bit nervous jugak nak jumpa doctor, risau takut ada result yang mengecewakan, tapi at the same time tak sabar jugak sebab nak tahu apa result daripada ujian-ujian yang dibuat. Saya cuba persiapkan diri sendiri untuk sebarang keputusan yang akan diberitahu.

The doctor in charge di LPPKN Nusajaya is Dr Azimah, generally saya rasa dia seorang yang baik dan mudah untuk dibawa berbincang dan I guess setelah berpengalaman kendalikan bermacam-macam kes ttc, dia macam boleh faham dan agak perasaan ttcian. Itu apa yang saya nampak after pertemuan pertama kami. Alhamdulillah for the nice doctor.

So doctor explain result satu persatu untuk saya dan suami. Tak perfect, ada kekurangan here and there on both of our sides tapi Dr cakap tiada problem yang terlampau besar. Rezeki belum ada. However, antara perkara yang saya agak risau adalah if saya ada cyst or pcos. Ye lah, period saya tidaklah sangat regular dan normal dan sometimes saya ada sengugut which antara symptoms to pcos. So, I asked the doctor sama ada saya ada atau tidak dan macamana saya nak tahu if saya ada masalah tersebut. Dr cakap actually saya memang dah kearah pcos means dah ada cuma belum tahap teruk, sebab based on the hormon result, hormon saya tidak seimbang. I dont really understand semua terms-terms yang doctor mention tapi basically untuk seorang wanita yang normal, nisbah hormon levelnya adalah FSH:LH = 2:1 tapi mine was 1:1.. huhuh... kalau dah tahap teruk nisbah hormon is 1:2. I was a bit keciwa at that time, tapi still boleh dikawal..saya ada terbaca a few post on other ttcian's blog tentang pcos dan since saya rasa macam I have some of the symptoms, saya macam agak bersedia about this. Alhamdulillah at least bukan tahap yang teruk dan masih ada peluang untuk kami. Nampaknya nak kena buat study lebih detail on Pcos.

Selepas dr explain tentang result we discussed on the treatment. Di LPPKN usually memang mereka akan suggest untuk iui selepas investigate. Me and husband setuju je untuk teruskan dengan IUI. However, since saya sekarang sedang period on D4 already tak dapatlah nak proceed IUI unutk cycle kali ni memandangkan untuk IUI, patient perlu makan clomid bermula D3. Saya macam agak kecewa actually sebab nak cepat-cepat buat treatment siap cakpa dengan DR D1 saya memang spotting yang sangat sedikit, beberapa titik j.. kot-kot la kan tak consider as period lagi time tu..hihihi...terus kena nasihatkan dengan Dr and nurse ttc ni tak boleh rushing-rushing..kena follow the flow dengan tenang tak boleh ghairah sangat nak cepat-cepat.. Insaf terus..Yes betul, membazir je kot kan kalau buat tapi cara salah. Jadi saya haruslah belajar untuk lebih tenang dan jangan terlalu push dan fikir dengan berat. Dr cakap usually mereka yang berjaya conceive adalah mereka yang relax-relax je jalani treatment.

Kesimpulannya, saya akan mula ambil clomid untuk IUI on next cycle tapi nurse dah bagi clomid siap-siap untuk dimakan on D3 next cycle.

Doctor ada juga advise on pemakanan untuk tingkatkan kesuburan kami suami isteri..untuk lelaki Doctor suggest untuk stop makan makanan dan minum berasaskan soya dan doctor galakkan ambil pemakanan sunnah macam kurma dan delima untuk suami isteri. Docotr also suggest to take evening primrose oil (EPO) untuk isteri. Ada terbaca tentang epo ni dalam blog ttcian tapi tak search lebih detail..tapi since saya dah nak start dengan treatment dr cadangkan untuk tak ambil dulu EPO, mungkin boleh start lepas IUI nanti.

Kos clomid 14biji = RM54.60
Di resit tulis Yuran Ulangan (tak sure untuk apa tapi I assume untuk jumpa Dr) =RM10
total cost = 64.60

Thats it untuk appointment bulan ni, will be going to the LPPKN again untuk TVS selepas ambil clomid in the next cycle. IN the mean time harus berusaha naturally disamping doa berganda-ganda dan banyak-banyak sedekah. Moga Allah permudahkan dan dekatkan dengan rezeki yang dinantikan ini, insyaAllah.

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~

Friday, October 31, 2014

Dream Big

Assalamualaikum wbt

Saya adalah seorang graduan sarjana..Just like everybody else..saya punyai impian dan cita-cita tentang kerjaya saya. Sejak pulang dari ke Malaysia saya memang bercita-cita unutk teruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan dalam masa yang sama mencari peluang untuk mulakan kerjaya yang saya impikan.

However, selain dari beberapa sebab-sebab lain..being a ttcian juga telah membuatkan saya sedikit berfikir mengenai kerjaya saya.. Sejujurnya ttc bukanlah sebab utama saya bercadang untuk tidak meneruskan hasrat saya dalam mengejar cita-cita tersebut..namun ttc plays a very big role dalam keputusan ini.

Sejak berttc, saya berazam untuk mengurangkan stress dan cuba organize kehidupan saya dengan sebaiknya..which means..makan seimbang secukupnya, rehat yang secukupnya, excercise yang secukupnya also aktiviti kerohanian yang secukupnya.

Going for a treatment juga memerlukan masa yang banyak dan masa yang tidak menentu which akan jadi sedikit sukar untuk mereka yang bekerja tetap dan ada komitmen yang banyak.. Bukan la saya maksud kan yang mereka bekerja dan ada komitmen tidak dapat fokus pada treatment...in fact most of the ttcian bekerja dan mereka dapat organize diri mereka dengan lebih baik..Tapi saya lebih kenal diri saya..I dont think I can manage untuk fokus pada treatment ini sementara saya ada banyak komitmen. My prioriti for now adalah family dan ttc..

However saya juga bukan lah seorang yang suka duduk-duduk saja. Dalam beberapa bulan tinggal di rumah pon saya dah rasa diri sangat useless tak buat apa-apa dan rasa diri tidak berkembang. I sometimes feel sad because of this. Siting at home alone doing nothing pon boleh menyebabkan stress. Since graduated I never worked jadi saya always wanted to have the experince gaining my own money and have my own income. And of course..to make sure that perjalanan ttc saya berjalan smoothly, I think kami perlu cari extra income dan tak boleh depends sepenuhnya on my husband (walaupon en Husband selalu cakap jangan risau pasal duit everytime I mention that kos ttc ni mahal) . So, I start to plan with my husband something that I can do yang tidak menganggu fokus saya pada ttc.. mohon doa semoga everything went well dan I can do something yang beri manfaat, insyaAllah.

Saya sebenarnya mengalami masalah sukar untuk menerangkan kepada mereka yang bertanya apa yang saya buat sekarang dan kenapa saya tak teruskan dengan cita-cita saya atau mencari apa-apa pekerjaan..Its either susah nak explain atau susah untuk orang lain faham dan terima. Kalau ada ibu-ibu yang berhenti kerja sebab nak jaga anak mungkin lebih senang untuk difahami. tapi to explain that you are staying at home untuk fokus berttc saya rasa sedikit sukar. Bagi most of the people, ruginya belajar tinggi-tinggi tak bekerja.. also..most people think that sementara tak ada anak ni la kita nak kerja cari duit, cari pengalaman. Well...untuk orang yang easily conceive mungkin la kan.. But for me it is not that simple..dan untuk terangkan that you are not working because you are on ttc is not as simple as saying sebab nak jaga anak-anak (tak ada niat untuk rendahkan ibu-ibu yang tidak bekerja untuk jaga anak..I always adore moms yang jaga anak-anak di rumah..I know it is also a tough decision to make. tapi I find it easier to explain). It is sad enough that you have to gave up your dream tambah lagi sedih to explain to people about this.

WhatSoEva~ Gotta do what you gotta do.... perlu buat apa yang dirasakan perlu..only to Allah I seek for guidance..semoga setiap keputusan dan tindakan yang di ambil membawa kepada kebaikan, insyaAllah. insyaAllah Put trust in Allah..Kalau kita rasa itu yang terbaik moga Allah berkati dan permudahkan :)




Till the, insyaAllah

May Allah Bless~

Thursday, October 30, 2014

HSG

Assalamualaikum wbt

Sebagaimana yang dijadualkan, saya telah jalani prosedur HSG isnin 13 Oktober 2014 di Columbia Asia Medical Centre, Nusajaya. HSG atau nama panjangnya Hysterosalpingogram adalah prosedur radiologi untuk mengetahui keadaan tiub fallapio kita samada ia berfungsi dengan baik atau mungkin tersumbat. Basically, prosedur ini dijalankan dengan memasukkan radiographic contrast medium (dye) ke dalam rongga rahim melalui vagina kita untuk mengenal pasti keadaan tiub fallapio melalui aliran dye. Jika dye tersebut memasuki tiub fallapio dan spill out dari tiub it means that our tiub tidak tersumbat.

Before I went to undergo the prosedur, I did some reading on HSG and went through TTCians blog to understand how the prosedur was done. Ada ttcian yang cakap sakit yang sangat and ada yang cakap sakit ala-ala sengugut dan ada rasa kesakitan once the prosedur dah selesai ada jugak yang cakap tak sakit pon...ala2 gigit semut je. I guess setiap orang pengalamannya berbeza cara mereka terima kesakitan juga berbeza

WhatSoEva~ Bila dengar sakit saya memang sedikit takut.. Ada ttcian yang dah biasa kena sengugut yang teruk setiap bulan dan rasa this prosedur is nothing sebab memang every month mereka kena go through the pain. Saya sememangnya bukan seorang yang tough dan kuat dan boleh tahan dengan kesakitan. Walaupon saya mengalami period pain yang agak teruk setiap bulan tapi saya tak pernah rasa terbiasa..huhuh.. Jadi I was a bit scared la untuk lalui prosedur ni... Bila nurse di LPPKN tanya nak panadol tak tapi ragu-ragu I said yes walaupon saya memang benci telan menelan panadol.

The appoinment was at 2.30pm..alhamdulillah doctor, nurse dan semua yang in charge was so nice.sebelum mulakan prosedur HSG saya diterangkan bagaimana prosedur ini dilakukan. Alhamdulillah again, the doctor yang in charge untuk lakukan prosedur ni perempuan..syukur sangat.. Walupon perempuan, still rasa teramat sangat malu. Doctor siap cakap jangan risau saya dah halau semua orang dari kawasan ini suami awak je yang ada kat luar tu...heee...


So..how was the prosedur.. sakit tak.. bagi saya memang sedikit sakit...memang lebih kurang macam sengugut tapi sakit sikit dari sengugut yang biasa.. I kept on selawat dan genggam tangan kuat-kuat so that saya tak buat aksi-aksi pelik macam angkat punggung atau mengiring atau gerak-gerak yang banyak...the prosedur took about 10-15 minutes je...lepas selesai doctor tunjuk aliran cecair yang melalui tiub fallapio...alhamdulillah the doctor said my tiub was perfectly fine dan bagi semangat supaya terus berusaha..

Kesan-kesan sampingan selepas HSG yang saya alami adalah..sakit perut ala-ala cramp dan sengugut selama 3 hari..lepas balik tu memang sakit jugak tapi lama-lama makin berkurang. Selain itu ada jugak berlaku pendarahan yang amat sedikit selama 3 hari.. Doctor memang dah maklumkan yang akan ad pendarahan right after the prosedur sebab itu mereka berikan pad/pantiliner lepas selesai HSG

Kos untuk HSG ni adalah RM180. nurse d LPPKN ada bagitahu kalau buat HSG sendiri di Columbia Hospital kos sebenarnya adalah RM250 tetapi sebab LPPKN and Columbia Hospital bekerjasama and ada peretujuan mereka, jadi murah sikit la kalau pergi under LPPKN.

Fuihhh...done satu prosedur..I believe banyak lagi nak kena lalui..ni baru proses nak investigate belum lagi masuk treatment..moga Allah mudahkan, insyaAllah

next appoinment is on monday..semoga semua berjalan dengan lancar dan dilindungi dari segala perkara yang tidak baik dan membawa lebih dekat kepada rezeki yang dinantikan ini, insyaAllah.ameen.

Till the, insyaAllah

May Allah Bless~

Wednesday, October 8, 2014

1st Appointment LPPKN Nusajaya

BIsmillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Pertamanya Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Sama-sama kita hayati erti sebenar pengorbanan. Pernah terdengar tazkirah dari ustazah Norhafizah Musa tentang pengorbanan. Ustazah ada menyatakan orang yang banyak berkorban adalah orang yang lebih bahagia. I believe that kita semua ttcian ni tergolong dalam golongan yang banyak berkorban. Moga pengorbanan kita ni ikhlas dan mendapat pahala yang besar di sisi Allah. Moga Allah kurniakan kebahagian yang sebenarnya buat kita, insyaAllah :)

Alhamdulillah syukur sangat akhirnya dah mulakan langkah pertama rawatan fertility. Bila AF datang sehari sebelum raya haji (sabtu) , dah mula risau sangat sempat ke buat appoinment untuk cycle kali ni. Raya haji jatuh pada hari ahad which is a working days jadi paling awal blh call LPPKN hari isnin which is CD3. On CD3 saya call LPPKN dan as expected, person in charge tak ada dan mereka minta saya call semula keesokan hari. Sedikit frust di situ tapi masih menaruh harapan sebab esoknya baru CD4. Pada CD4 saya call LPPKN dan diberi appointment untuk hari ini (CD5). Alhamdulillah berjaya buat appointment.

Untuk mana-mana ttcian yang mungkin baru nak mulakan rawatan dan mungkin nak try LPPKN nusajaya boleh contact unit fertility LPPKN Nusajaya 07-5588204

So hari ini saya dan suami ke LPPKN nusajaya untuk temujanji pertama. Nervous jugak nak mulakan rawatan, risau sangat takut ada masalah yang teruk. I kept on praying moga semuanya baik-baik sahaja. Sampai je di LPPKN, tunggu giliran dan nurse panggil masuk ke biliknya. Untuk perjumpaan pertama adalah dengan nurse sahaja dahulu, tak jumpa Dr lagi. Nurse yang in charge buat soal selidik dulu dan tanya beberapa maklumat tentang latar belakang saya dan suami dan kekerapan ber BD dalam seminggu. So, cerita semuanya dengan tulus..heee

Selepas tu Nurse ambil darah saya dan suami untuk di hantar ke makmal luar untuk cek HIV, Hepatitis dan beberapa perkara lagi yang saya tak ingat :D Kemudian nurse set kan date untuk HSG. HSG ni akan di buat di Columbia Asia Hospital sebab di LPPKN tak ada buat procedure ini. Ikut bacaan dr blog ttcian, mostly ckp sakit HSG ni. Nurse pon cakap sakit sikit dan dah bekalkan panadol untuk makan sebelum HSG. Kena siap sedia mental fizikal nak hadapi keadaan ni. Moga Allah bantu dan mudahkan semuanya, ameen.

Jadi saya ada appointment minggu depan untuk HSG dan en husband pula ada appointment untuk sperm Analysis bulan depan. Nurse juga ad bagi Folic Acid (I feel so bad sebab sebelum-sebelum ni tak pernah makan folic acid...maklumla cetek ilmu lagi..huuuu)

kos untuk cek darah saya dan suami = RM193
Pendaftaran LPPKN = RM40
consultation = RM10
Folic Acid 60 biji = RM3


jadi total kos untuk hari pertama ni adalah RM246

Moga Allah mudahkan langkah-langkah seterusnya, insyaAllah

till then

May Allah Bless~

Monday, September 29, 2014

A Newbie~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. puji-pujian hanya pada Allah. akhirnya dapat juga saya mulakan blog khas mengenai perjalanan ttc saya. Terima kasih buat semua ttcian yang telah menginspirasikan saya untuk mula menulis. At first agak berat hati juga untuk menulis tentang ttc bila fikirkan saya akan mendedahkan cerita mengenai perjalanan ttc yang jarang saya kongsi dengan orang lain. Tetapi bila terfikir yang saya dah banyak dapat maklumat dan ilmu melalui blog rakan-rakan ttc yang lain jadi kenapa tidak kan. Walaupon belum tentu ada pembaca dan kalau ada pon mungkin rakan-rakan ttc yang secara kebetulan terjumpa melalui pencarian encik google. Tapi mungkin kisah ttc saya yang tak seberapa ni mampu beri inspirasi atau maklumat buat mereka yang sedang berttc juga. Blog ni juga sebenarnya sekadar sedikit ruang untuk saya 'jot down' kan pengalaman dan suka duka perjalanan ttc saya sekadar untuk rujukan saya nanti, juga sebagai kenangan mengenai usaha kecil saya untuk conceive. Ap-apa pon, moga Allah berkati setiap apa yang dicoretkan dan menjadi sesuatu yang bermanfaat, insyaAllah.

Alhamdulillah I have been married for two years to an amazing man. Tapi masih a newbie dalam dunia ttc. Setakat ni masih belum mula kan apa-apa rawatan secara medikal lagi. Right after berkahwin saya berada di luar negara atas urusan pengajian suami saya. Walaupun dah mula risau sebab masih belum conceive, tapi sebab ada di tempat orang terpaksa hold dulu keinginan untuk buat rawatan dan seek for nasihat pakar.

Setelah setahun tinggal di sana, kami pulang for good ke Malaysia. Since dah berada di negara sendiri, saya nak sangat mulakan apa-apa rawatan dan usaha segera. Right after balik, Saya telah mengambil supplement ekstrak kacip fatimah keluaran UTM dengan hasrat untuk cuba regularkan period. Alhamdulillah saya dapati period saya semakin regular walaupon kitaran agak panjang dalam 35-40 days. tapi at least dah tak ada yang sampai berbulan-bulan. Sengugut yang sebelum ini sangat teruk pon dah berkurang.

Unfortunetly setelah hampir 8 bulan balik ke Malaysia, saya masih belum mula kan apa-apa rawatan. Ada saja perkara yang tak mengizinkan.Saya dan suami decide untuk cuba rawatan di LPPKN sebagai permulaan. Dah lama sebenarnya nak call LPPKN untuk buat appointment tapi setiap kali AF datang mesti ada hal luar kawasan atau tengah cuti umum yang panjang dan tak dapat call LPPKN. belum ada rezeki nak mulakan rawatan kan. Takpelah, kita cuma merancangkan, tapi perancangan Allah tu pasti terbaik.  AF baru je menjengah pagi tadi dan saya hanya boleh buat panggilan ke LPPKN pada hari Isnin selepas raya haji. Harap semuanya dipermudakan Allah, insyaAllah.

WhatSoEva~Saya masih lagi telalu cetek ilmu tentang ttc ni. Kalau baca blog ttcian lain, Ya Allah, kagumnya. banyak betul yang mereka tahu. segala macam istilah pon masih banyak yang saya belum tahu. Perlu banyakkan lagi membaca nampkanya ni. Moga dapat jadi sehebat ttcian lain, penuh ilmu, setiap usaha yang dibuat pon based on ilmu jadi kita tahu la kenapa kita perlu buat rawatan itu atau ambil ubat ini. Mudah-mudahan Allah mudahkan, insyaAllah.

Ok itu saja rasanya sebagai permulaan. Moga blog ni memberi manfaat buat semua yang membaca. Andai ad TTCian yang terbaca blog ni.. mohon tunjuk ajar, perkongsian serta doa dari semua. Moga Allah permudahkan semua usaha sahabat-sahabat TTC, insyaAllah


May Allah Bless~