Monday, September 29, 2014

A Newbie~

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. puji-pujian hanya pada Allah. akhirnya dapat juga saya mulakan blog khas mengenai perjalanan ttc saya. Terima kasih buat semua ttcian yang telah menginspirasikan saya untuk mula menulis. At first agak berat hati juga untuk menulis tentang ttc bila fikirkan saya akan mendedahkan cerita mengenai perjalanan ttc yang jarang saya kongsi dengan orang lain. Tetapi bila terfikir yang saya dah banyak dapat maklumat dan ilmu melalui blog rakan-rakan ttc yang lain jadi kenapa tidak kan. Walaupon belum tentu ada pembaca dan kalau ada pon mungkin rakan-rakan ttc yang secara kebetulan terjumpa melalui pencarian encik google. Tapi mungkin kisah ttc saya yang tak seberapa ni mampu beri inspirasi atau maklumat buat mereka yang sedang berttc juga. Blog ni juga sebenarnya sekadar sedikit ruang untuk saya 'jot down' kan pengalaman dan suka duka perjalanan ttc saya sekadar untuk rujukan saya nanti, juga sebagai kenangan mengenai usaha kecil saya untuk conceive. Ap-apa pon, moga Allah berkati setiap apa yang dicoretkan dan menjadi sesuatu yang bermanfaat, insyaAllah.

Alhamdulillah I have been married for two years to an amazing man. Tapi masih a newbie dalam dunia ttc. Setakat ni masih belum mula kan apa-apa rawatan secara medikal lagi. Right after berkahwin saya berada di luar negara atas urusan pengajian suami saya. Walaupun dah mula risau sebab masih belum conceive, tapi sebab ada di tempat orang terpaksa hold dulu keinginan untuk buat rawatan dan seek for nasihat pakar.

Setelah setahun tinggal di sana, kami pulang for good ke Malaysia. Since dah berada di negara sendiri, saya nak sangat mulakan apa-apa rawatan dan usaha segera. Right after balik, Saya telah mengambil supplement ekstrak kacip fatimah keluaran UTM dengan hasrat untuk cuba regularkan period. Alhamdulillah saya dapati period saya semakin regular walaupon kitaran agak panjang dalam 35-40 days. tapi at least dah tak ada yang sampai berbulan-bulan. Sengugut yang sebelum ini sangat teruk pon dah berkurang.

Unfortunetly setelah hampir 8 bulan balik ke Malaysia, saya masih belum mula kan apa-apa rawatan. Ada saja perkara yang tak mengizinkan.Saya dan suami decide untuk cuba rawatan di LPPKN sebagai permulaan. Dah lama sebenarnya nak call LPPKN untuk buat appointment tapi setiap kali AF datang mesti ada hal luar kawasan atau tengah cuti umum yang panjang dan tak dapat call LPPKN. belum ada rezeki nak mulakan rawatan kan. Takpelah, kita cuma merancangkan, tapi perancangan Allah tu pasti terbaik.  AF baru je menjengah pagi tadi dan saya hanya boleh buat panggilan ke LPPKN pada hari Isnin selepas raya haji. Harap semuanya dipermudakan Allah, insyaAllah.

WhatSoEva~Saya masih lagi telalu cetek ilmu tentang ttc ni. Kalau baca blog ttcian lain, Ya Allah, kagumnya. banyak betul yang mereka tahu. segala macam istilah pon masih banyak yang saya belum tahu. Perlu banyakkan lagi membaca nampkanya ni. Moga dapat jadi sehebat ttcian lain, penuh ilmu, setiap usaha yang dibuat pon based on ilmu jadi kita tahu la kenapa kita perlu buat rawatan itu atau ambil ubat ini. Mudah-mudahan Allah mudahkan, insyaAllah.

Ok itu saja rasanya sebagai permulaan. Moga blog ni memberi manfaat buat semua yang membaca. Andai ad TTCian yang terbaca blog ni.. mohon tunjuk ajar, perkongsian serta doa dari semua. Moga Allah permudahkan semua usaha sahabat-sahabat TTC, insyaAllah


May Allah Bless~

No comments:

Post a Comment