Wednesday, October 8, 2014

1st Appointment LPPKN Nusajaya

BIsmillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Pertamanya Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Sama-sama kita hayati erti sebenar pengorbanan. Pernah terdengar tazkirah dari ustazah Norhafizah Musa tentang pengorbanan. Ustazah ada menyatakan orang yang banyak berkorban adalah orang yang lebih bahagia. I believe that kita semua ttcian ni tergolong dalam golongan yang banyak berkorban. Moga pengorbanan kita ni ikhlas dan mendapat pahala yang besar di sisi Allah. Moga Allah kurniakan kebahagian yang sebenarnya buat kita, insyaAllah :)

Alhamdulillah syukur sangat akhirnya dah mulakan langkah pertama rawatan fertility. Bila AF datang sehari sebelum raya haji (sabtu) , dah mula risau sangat sempat ke buat appoinment untuk cycle kali ni. Raya haji jatuh pada hari ahad which is a working days jadi paling awal blh call LPPKN hari isnin which is CD3. On CD3 saya call LPPKN dan as expected, person in charge tak ada dan mereka minta saya call semula keesokan hari. Sedikit frust di situ tapi masih menaruh harapan sebab esoknya baru CD4. Pada CD4 saya call LPPKN dan diberi appointment untuk hari ini (CD5). Alhamdulillah berjaya buat appointment.

Untuk mana-mana ttcian yang mungkin baru nak mulakan rawatan dan mungkin nak try LPPKN nusajaya boleh contact unit fertility LPPKN Nusajaya 07-5588204

So hari ini saya dan suami ke LPPKN nusajaya untuk temujanji pertama. Nervous jugak nak mulakan rawatan, risau sangat takut ada masalah yang teruk. I kept on praying moga semuanya baik-baik sahaja. Sampai je di LPPKN, tunggu giliran dan nurse panggil masuk ke biliknya. Untuk perjumpaan pertama adalah dengan nurse sahaja dahulu, tak jumpa Dr lagi. Nurse yang in charge buat soal selidik dulu dan tanya beberapa maklumat tentang latar belakang saya dan suami dan kekerapan ber BD dalam seminggu. So, cerita semuanya dengan tulus..heee

Selepas tu Nurse ambil darah saya dan suami untuk di hantar ke makmal luar untuk cek HIV, Hepatitis dan beberapa perkara lagi yang saya tak ingat :D Kemudian nurse set kan date untuk HSG. HSG ni akan di buat di Columbia Asia Hospital sebab di LPPKN tak ada buat procedure ini. Ikut bacaan dr blog ttcian, mostly ckp sakit HSG ni. Nurse pon cakap sakit sikit dan dah bekalkan panadol untuk makan sebelum HSG. Kena siap sedia mental fizikal nak hadapi keadaan ni. Moga Allah bantu dan mudahkan semuanya, ameen.

Jadi saya ada appointment minggu depan untuk HSG dan en husband pula ada appointment untuk sperm Analysis bulan depan. Nurse juga ad bagi Folic Acid (I feel so bad sebab sebelum-sebelum ni tak pernah makan folic acid...maklumla cetek ilmu lagi..huuuu)

kos untuk cek darah saya dan suami = RM193
Pendaftaran LPPKN = RM40
consultation = RM10
Folic Acid 60 biji = RM3


jadi total kos untuk hari pertama ni adalah RM246

Moga Allah mudahkan langkah-langkah seterusnya, insyaAllah

till then

May Allah Bless~

No comments:

Post a Comment