Sunday, February 1, 2015

2015

Assalamualaikum wbt..

Dah lama tak menyinggah di sini..hanya sekadar berblog walking di blog ttcian lain..banyak sebenarnya yang nak ditulis..treatment2 yang terbaru pon tak tertulis lagi disini..sempat tulis dalam hati and kepala je..haha

WhatSoEva~ Sebenarnya dah lama nak menulis sedikit sebanyak sempena tahun baru tapi tangguh punya tangguh dah masuk February pon..heee.. Tak apa la kan still dalam awal tahun..Just nak jot down a few things untuk lebih semangat dan fokus tahun ni, insyaAllah

Alhamdulillah dah masuk 2015.

So, tahun ni my aim in TTC adalah untuk sentiasa positive, fokus dan istiqamah dalam setiap usaha untuk conceive. Next year i'm turning 30 maka I really do hope that dengan izin Allah tahun ni kami berjaya conceive..ameen

Jadi tahun ini saya berazam untuk:

1. Sentiasa stay positive..jangan terlalu sedih, kecewa mengenangkan nasib diri..positif dengan orang sekeliling..positif bila ad yang bertanya, soal tentang kenapa belum pregnant dan positif bila ada yang berkongsi tentang hteir pregnancy stories atau tentang their babies..
2. Suci kan hati dari sifat-sifat mazmumah..dengki, ujub, riak etc
3. banyakkan bersyukur.. nikmat Allah terlalu banyak untuk rasa tak bersyukur hanya kerana ujian kecil dari Allah
4. Put trust in Allah. Allah knows best..Ap yang dirancangkanNya insyaAllah is the best untuk hamba-hambaNya.
5. Banyak-banyakkan taubat dan mohom keampunan dari Allah dengan ikhlas. Kita ni memang pengdosa kan. memang tak mustahil kan yang Allah mungkin tangguh sekejap rezeki kita sebab ada dosa kita dengan Allah, (Nauzubillah) sama ada dosa yang kita sedari atau tidak. Saya memang banyak kekurangan dan tak terlepas dari buat dosa (Astaghfirullahalazim). Moga Allah terima taubat-taubat saya
6. Perbaiki amal ibadah supaya lebih kusyuk dan sempurna, solat di awal waktu, perbanyakkan berzikir dan mengingati Allah
7. Jaga pemakanan...say no to fast foods, semua yang ada aji-aji dan makanan yang tak sihat
8. konsisten dalam amalkan pemakanan tambahan (makanan sunnah and supplement)
9. Lebih rajin bersenam
10. Cergas, ceria dalam buat tugas-tugasan harian
11. Banyak-banyakkan bersedekah dan mendoakan orang lain

OK cukup la tu kan sepuluh...nak senaraikan macam ni memang tak berapa susah..tapi nak realisasikan dan betul-betul cuba untuk laksanakan adalah the real cabaran. Moga Allah bantu dan permudahkan

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~




No comments:

Post a Comment