Tuesday, February 24, 2015

Saya dan Diet Atkins

Assalamualaikum wbt

Moga-moga smeua TTCians is doing well, dalam rahmat Allah sentiasa dan banyak perkembangan positif in TTC, insyaAllah :)

As I mentioned in my previous post, saya sekarang sedang mencuba diet atkins.

Secara ringkasnya, diet atkins ni adalah diet dengan tidak mengambil carbs dan sugars. So basically mereka yang berDA ni tak boleh ambil sebarang makanan yang ada carbs dan sugars..kalau ada pon hanya untuk amount yang terlalu kecil. Jadi, no nasi or apa-apa yang berasaskan tepung, semua yang mengandungi gula macam sos or kicap pon tak boleh. Buah pon tak dibenarkan unutk fasa satu dan ada jugak certain vegetables yang tidak dibenarkan macam tomato, carrots dan potato. Masa mula-mula tahu serba sedikit tentang DA ni saya rasa diet ni tak bagus. How can someone totally emit carbs. macam tak balance je..tak boleh ambil buah pulak tu macam tak masuk akal je..hehe.. tapi actually DA ni ada beberapa fasa...makin lama kandungan carbs yang dibenarkan semakin menigkat.

Sebenarnya, Mr Husband yang start berDA sebab risau dengan kenaikan berat badannya yang meningkat lepas balik dari bercuti kampung . Al-maklumla kat kampung macam-macam makanan yang sedap-sedap dihidangkan. Masa mula-mula Mr HUsband berDA, saya tak la turut sama berDA sebab setakat ni berat macam ok, still lagi BMI normal tapi sebagai usaha unutk support MR Husband, saya turut makan juadah yang sama untuk setiap meal cuma lepas makan saya akan snacking macam makan biskut ke, kuih ke or buah-buahan ... saya bukan peminat tegar nasi so I dont really mind tak makan nasi tapi I am a big fan of snacking.. i love biscuits and cakes and kuih and kerepek...asyik nak mengunyah je

Seminggu Mr HUsband berDA he manage to lose about 3kilos..jadi makin-makin la bersemangat kan.. Dia sangat la rajin search tentang DA ni unutk dapat the right info pasal DA..tak nak la kan main ikut je and memudaratkan diri sendiri...Dalam searching infos pasal DA MR Husband jumpa that ad beberapa TTCians yang berjaya pregnant selepas berDA. dalam FB page Diet atkins Malaysia pon kerap jugak orang post news tentang berjaya hamil setelah cuba berDA. JAdi Mr HUsband pon suggest la untuk saya try DA ni..I was  at first macam tak yakin.

Sejak saya dapat tahu yang saya ada PCOS.. saya ad jugaklah cari sedikit sebanyak infos tentang PCOS ni...based on blog Dr hamid, dr Adilah n Dr natasha ada jugak mention that The best diet untuk PCOSers ni adalah dengan mengurangkan carbs dan sugar. Dr hamid ad bagi suggestion menu yang sesuai untuk PCOSers. On the menu tak de la sampai Dr suggest untuk totally emit carbs macam DA ni. Cuma Dr suggest untuk PCOSers yang ada masalah berat badan, dinasihatkan untuk cuba turunkan berat dan cuba kurangkan pengambilan nasi sehari dan banyakkan makan makananan natural dan organics macam buah-buah and sayur.

So, dari situ rasa macam logic jugakla DA mungkin dapat bantu untuk conceive. Mungkin dengan tidak mnegambil carbs dan sugars bantu menstabilkan hormon dalam badan. Sejauh mana keberkesanannya Wallahualam. Jadi sebagai usaha kecil saya, saya tekad unutk cuba berDA secara serius. At least cuba untuk sebulan dahulu.

Sejujurnya berDA adalah sangat mencabar bagi saya seorang yang sangat suka menguyah. Tapi terpaksa la berkorbankan. Risau jugak sebenarnya asyik menguyah benda-benda yang banyak sugars dan bahan perisa..PCOSers ada high chances untuk dapat diabetes lebih-lebih lagi yang ada family history diabetes like me.

Setelah seminggu berDA secara serius memang ad beberapa kesan-kesan sampingan. Contohnya macam saya kerap rasa nak blackout..mungkin sebab tak ambil sugars. tapi lepas seminggu makin ok. DA ni memang adalah totally diet at your own risk..heheh... moga-moga tak ada kesan sampingan yang lebih teruk. Since saya berDA bukanlah untuk menurunkan berat badan (saya dah turun 5kg..weheee)  tapi just unutk controlkan kandungan carbs dan gula, saya bercadang untuk cheat mungkin dalam dua minggu sekali macam tu tapi setakat ni masih belum cheat walaupon hati membara-bara untuk cheat. Harapan that DA ni dapat menstabilkan hormon saya sangat tinggi jadi risau jugak kalau carbs sedikit yang diambil tu menganggu.


WhatSoEva~ Semuanya dengan izin Allah. Kita hanya mampu berusaha. Moga usaha ini membuahkan hasil yang positif, insyaAllah :)

Till then, insyaAllah

May Allah Bless~

No comments:

Post a Comment