Sunday, February 15, 2015

Mix feeling

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Currently ada mix feeling...happy dan sedikit frustrated. Bukan...bukan happy sebab BFP ye..hehe..tapi saya teramat sangat gembira sebab period saya datang on my D28... I was so suprised. memang unexpected. usually my period will come on D35-D38.. kalau dulu-dulu, lagi teruk sampai berbulan-bulan. Alhamdulillah...all praise to Allah..semuanya berlaku dengan izinnya... Hopefully, ini adalah satu petanda yang baik untuk my TTC journey especially on my Pcos, insyaAllah.

Sebagaimana saya ada nyatakan dalam post yang berbulan-bulan lepas, saya akan menjalani IUI di LPPKN. Alhamdulillah saya dah selamat menjalani IUI pada awal January dan of course resultnya adalah negative. tengah mencari semangat nak tulis post tentang my 1st experience of IUI. I was a bit sad bila IUI gagal dan asyik menangguh untuk menulis.

Frustation yang saya maksudkan sebelum ni bukan la sebab IUI pertama tu gagal. Today is my D3 dan saya sangat semangat untuk mulakan kembali treatment selepas berehat untuk satu cycle selepas IUI. Saya dan encik Husband plan untuk cuba IUI sekali lagi however bila call LPPKN this morning the nurse incharge untuk fertility cakap LPPKN JB tak buat IUI bulan ni sebab mereka sedang mengemas lab...nak ambil clomid tanpa buat IUI pon nurse seperti tak galakkan sebab dr mungkin tak kerap ada bulan ni.. both of us macam sedikit kecewa tapi kami cuba jadi positif. May be bukan rezeki kita nak buat IUI and mungkin Allah takdirkan unutk tak buat IUI sebab He has better plan for us, insyaAllah, Moga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah.

Sebenarnya kami sedikit rushing untuk buat treatment sebab dah tak lama kami akan berada di bumi JB ni. In May sepatutnya encik husband tamat pengajiannya di UTM dan kami perlu pulang ke Kelantan since encik husband bekerja di sana. Saya macam sedikit risau tentang kat mana nak buat treatment kalau dah tinggal di kelantan nanti. Search through blog kawan-kawan ttc dan google jarang jumpa TTCian yang buat treatment di Kelantan.

WhatSoEva~ Untuk cycle kali ini saya cuma akan keep doing apa yang saya buat seperti cycle-cycle yang lepas which is ambil acid folic dan EKF, air zamzam dan yang terbaru, saya sedang berdiet atkins. Since pertengahan cycle lepas saya dah mula beratkins which saya rasa sedikit sebanyak menyebabkan period saya datang lebih awal, wallahua'lam. Jadi, cycle kali ni hopefully saya dapat terus istiqamah beratkins. memang teramat sangat tough. ini antara perkara yang paling sukar perlu saya lakukan since berTTC. Moga usaha ni memberi kebaikan untuk kesihatan saya especially untuk TTC, insayAllah.

May Allah bless u all, TTCians :)

Till Then,insyaAllah

May Allah Bless~


No comments:

Post a Comment